create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, June 13, 2010

DIARI KECANTIKAN






















Menghilangkan parut :


Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat dan campurkannya dengan sedikit air. Kemudian bancuhkannya bersama bedak sejuk untuk disapu pada bahagian yang berparut. Petua ini juga boleh diamalkan bagi menghilangkan jerawat.




Segarkan mata letih :



Ramas helaian daun sirih muda kemudian masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis air sirih kerana anda perlu merendam mata ke dalam air tersebut sambil mengerdip beberapa kali. Amalkannya selalu maka anda dapat merasai perubahannya.


Skrab nenas :

Bagi mendapatkan kulit lebih bersih dan bersinar, caranya mudah sahaja iaitu dengan mengamalkan penggunaan berasaskan buah-buahan tempatan. Prosesnya dimulakan dengan menghancurkan buah nenas yang telah dikopek hingga lumat serta mencampur secubit gula pasir. Selesai proses itu, gosokkan bahan tadi pada badan dan bilas sehingga bersih.

No comments:

Post a Comment