create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, June 7, 2010

SUPERFOOD

MAKANAN ANTIKANSER :

Makanan antikanser dikenali sebagai SUPERFOOD di negara-negara barat. Makanan yang dimaksudkan adalah dari jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan rempah ratus.Badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun, dalam keadaan anda stres atau tubuh badan dalam keadaan yang sangat lemah dan sering terdedah pada persekitaran karsinogen, keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu dimusnahkan oleh sistem imun.

Sewajarnya, keberkesanan bahan-bahan makanan ini tidak perlu banyak dipersoalkan oleh masyarakat beragama Islam kerana Allah telah menjadikan pelbagai jenis tunbuhan, binatang dan buah-buahan untuk dimanafaatkan oleh manusia seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Buah Zaitun dan Tiin :

mengandungi antioksidan yang boleh menghalang karsinogen yang menjadi punca kanser. Buah tiin mempunyai kandungan lemak, sodium, kalori yang rendah serta bebas kolestrol. Ia mengandungi omega 3 dan omega 6 iaitu sejenis lemak yang boleh mencegah penyakit jantung.

Epal, Lemon dan buah-buahan citrus :

Buah-buahan ini mengandungi banyak vitamin c yang baik sebagai hos dari sebatian antioksidan lain yang dapat menghalang kerosakan DNA yang mengurangkan risiko kanser.

Teh Hijau :

Hanya 2 cawan sehari sudah mencukupi. Air daun teh hijau ini mengandungi antioksidan yang boleh mencegah penularan sel kanser. Ia mampu menghalang kanser kulit sebanyak 90%. Bagaimanapun teh herbal tidak termasuk dalam golongan ini.


Soya :

Hanya 50 gram sehari dapat melindungi daripada kanser. Bahan aktif dalam soya adalah genistein, yang merupakan phytoestrogen yang melindungi daripada kebergantungan hormon kanser. Ia juga merupakan penyekat berkuasa terhadap beberapa jenis protein yang terbabit dalam pertumbuhan sel-sel kanser yang tidak terkawal. Pengambilan soya termasuk tempe, kacang soya panggang atau tofu.

Percayalah.....

No comments:

Post a Comment