create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, June 13, 2010

DIARI KECANTIKAN






















Menghilangkan parut :


Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat dan campurkannya dengan sedikit air. Kemudian bancuhkannya bersama bedak sejuk untuk disapu pada bahagian yang berparut. Petua ini juga boleh diamalkan bagi menghilangkan jerawat.




Segarkan mata letih :



Ramas helaian daun sirih muda kemudian masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis air sirih kerana anda perlu merendam mata ke dalam air tersebut sambil mengerdip beberapa kali. Amalkannya selalu maka anda dapat merasai perubahannya.


Skrab nenas :

Bagi mendapatkan kulit lebih bersih dan bersinar, caranya mudah sahaja iaitu dengan mengamalkan penggunaan berasaskan buah-buahan tempatan. Prosesnya dimulakan dengan menghancurkan buah nenas yang telah dikopek hingga lumat serta mencampur secubit gula pasir. Selesai proses itu, gosokkan bahan tadi pada badan dan bilas sehingga bersih.

Tuesday, June 8, 2010

Wali Band - Cari Jodoh (Super HD Video Clip)

Firman - Kehilangan (Official Video Clip)

Krisdayanti- Aku Wanita Biasa

JANGAN SALAH DETOX

1. Istilah Pada Label : Senna Cassia

Terkandung Dalam : Produk Pelangsingan

Fungsi : Mencahar usus

Kesan Sampingan ke atas organ : Usus Besar



2. Istilah Pada Label : Titanium Dioxide

Terkandung Dalam : Minuman Serba Boleh

Fungsi : Memutih gebu kulit

Kesan Sampingan ke atas organ : Buah Pinggang



3. Istilah Pada Label : Camphor

Terkandung Dalam : Pencuci Muka & Krim Kecantikan

Fungsi : Mengawet mayat, Memutih dan Mengawet muda

Kesan Sampingan ke atas organ : Saraf & Angin Ahmar



4. Istilah Pada Label : Menthol

Terkandung Dalam : Losyen Pelangsing

Fungsi : Rasa Panas

Kesan Sampingan ke atas organ : Usus Besar



5. Istilah Pada Label : Aloe Vera

Terkandung Dalam : Kapsul Pelangsing, Herba Kencing Manis

Fungsi : Pencahar (purgative)

Kesan Sampingan ke atas organ : Usus Besar



Jauhi lah dari makanan & minuman yang kononnya boleh melangsing dan memutihgebukan wajah dan kulit anda kerana bahan toksid di dalamnya sangat membahayakan organ dalaman kita...



Cadangan penawar :



1 gelas air mineral + 3 sudu madu hitam - minum 3 x sehari... minum selama 7 hari ... insyaAllah

7 KEJAYAAN DALAM HIDUP YANG PERLU DICAPAI

1. Kejayaan kewangan
2. Kejayaan kerjaya
3. Kejayaan sosial
4. Kejayaan keluarga
5. Kejayaan kesihatan
6. Kejayaan spiritual
7. Kejayaan mental


Rasanya aku dah capai no. 5, setakat ini sihat la tak de sakit major, kerjaya out, kewangan out, sosial ok la.., keluarga ok juga tapi belum lengkap, spiritual sedang usaha and ,mental ok.. lum giler lagi...

Kata-kata dari Henry Ford :

"If money is ur hope for independence, u'll never have it. The real security that a man will have in this world is a reserve of knowledge, experience and ability ".

Kerja kat KPTM ini kalau tak kuat mental leh gile.. ramai yang ada PHD especially top-top people... macam TRHEP cakap.. siap pasang galah lagi nak jolok org jatuh ke bawah... bila la nak berubah org KPTM ni...

Monday, June 7, 2010

SUPERFOOD

MAKANAN ANTIKANSER :

Makanan antikanser dikenali sebagai SUPERFOOD di negara-negara barat. Makanan yang dimaksudkan adalah dari jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan rempah ratus.Badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun, dalam keadaan anda stres atau tubuh badan dalam keadaan yang sangat lemah dan sering terdedah pada persekitaran karsinogen, keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu dimusnahkan oleh sistem imun.

Sewajarnya, keberkesanan bahan-bahan makanan ini tidak perlu banyak dipersoalkan oleh masyarakat beragama Islam kerana Allah telah menjadikan pelbagai jenis tunbuhan, binatang dan buah-buahan untuk dimanafaatkan oleh manusia seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Buah Zaitun dan Tiin :

mengandungi antioksidan yang boleh menghalang karsinogen yang menjadi punca kanser. Buah tiin mempunyai kandungan lemak, sodium, kalori yang rendah serta bebas kolestrol. Ia mengandungi omega 3 dan omega 6 iaitu sejenis lemak yang boleh mencegah penyakit jantung.

Epal, Lemon dan buah-buahan citrus :

Buah-buahan ini mengandungi banyak vitamin c yang baik sebagai hos dari sebatian antioksidan lain yang dapat menghalang kerosakan DNA yang mengurangkan risiko kanser.

Teh Hijau :

Hanya 2 cawan sehari sudah mencukupi. Air daun teh hijau ini mengandungi antioksidan yang boleh mencegah penularan sel kanser. Ia mampu menghalang kanser kulit sebanyak 90%. Bagaimanapun teh herbal tidak termasuk dalam golongan ini.


Soya :

Hanya 50 gram sehari dapat melindungi daripada kanser. Bahan aktif dalam soya adalah genistein, yang merupakan phytoestrogen yang melindungi daripada kebergantungan hormon kanser. Ia juga merupakan penyekat berkuasa terhadap beberapa jenis protein yang terbabit dalam pertumbuhan sel-sel kanser yang tidak terkawal. Pengambilan soya termasuk tempe, kacang soya panggang atau tofu.

Percayalah.....

KEK CAWAN YA-MAULAI




A) Bahan membuat kek :

- 4 auns tepung naik sendiri
- 4 auns gula halus
- 4 auns butter
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 biji telur

B) Bahan membuat ising :

- 1/2 cawan butter
- 1/2 cawan lemak sayuran
- 2 - 4 cawan gula ising
- 1 sudu teh vanila

Penyediaan Kek :

1. Masukkan gula pasir bersama butter ke dalam adunan. Putarkan sehingga kembang
2. Setelah kembang putar lagi biar sampai sebati dan masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan dan putar lagi sehingga adunan menjadi keputihan
4. Gunakan corong plastik beserta acuan kek. Masukkan adunan ke dalam cawan kek.
5. Bakar selama 10 - 15 minit

Penyediaan aising :

1. Campurkan butter dan lemak sayuran ke dalam mangkuk adunan sehingga kembang
2. Ayak gula aising terlebih dahulu
3. Setelah lemak sayuran dan butter kembang masukkan esen vanila ke dalam adunan dan putar lagi
4. Akhir sekali masukkan gula aising yang telah diayak kedalam adunan dan putar sehingga kembang

Cara menghias :

1. Terlebih dahulu sapukan krim warna putih ke atas kek sehingga menyelaputi permukaan kek keseluruhannya
2. Hias kek dengan krim yang diwarnakan mengikut kehendak dengan menggunakan aising beg dan corong yang pelbagai bentuk untuk mendapat hiasan yang menarik

Cuba la...

Friday, June 4, 2010

ANAK-ANAKKU

















Anak-anak yang aku sayangi.. mama doakan semoga kamu berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.. i luv u all so much...

Shafiq... di KLCC... Kakak n fren di English Carnival - antara Kolej Pengajian Tiggi MARA - KMS menang first prize....




RESEPI SOS SPAGHETTI PURNAMA MERINDU

Bahan-bahan :

1 tin sos tomato puree (besar)
1 tin cendawan butang (besar) - dihiris2
2 sudu besar sos cili maggie
2 sudu besar sos tomato maggie
1 tin air (saiz tin tomato puree)
1 biji bawang besar (saiz besar)- diricik2
6 biji bawang putih - diricik2
1 sudu teh rempah Italian Seasoning/ Oregano
1/2 cawan minyak masak
1 paket meat balls
3 batang frankfurter - dihiris nipis
3 sudu besar gula (secukup rasa)
1/2 teh serbuk perasa
1 sudu teh garam halus
1 kuib ayam maggie

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan goreng meat balls dan frankfurter sehingga masak
2. Angkat dan toskan
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
4. Masukkan semua jenis sos dan kacau hingga naik bau
5. Masukkan air
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan kiub ayam maggie
7. Masak hingga rasanya sedap dan kepekatannya cukup
8. Masukkan meat-balls, frankfurther dan cendawan
9. Masukkan rempah italian seasoning dan kacau
10. Masak hingga pecah minyak
11. Hidangkan dengan spageti yang telah direbus dan ditoskan..

Sedap... cubalah

ILMU TENTANG JIN

Orang-orang yang disyaki membela jin/ syaitan atau berkawan dengannya boleh dikenali dengan beberapa ciri seperti berikut :
1. Pemarah
2. Pendendam
3. Suka memusuhi orang lain
4. Tidak pernah puas hati terhadap apa yang dia ada
6. Pendengki
7. Bongkak
8. Tidak suka kepada kebaikan

Bahan bacaan yang perlu dibaca untuk meningkatkan ilmu kita tentang jin ni...semoga kita tidak termasuk dikalangan manusia yang terperangkap dengan jin.. AMIN... jika anda ada ciri-ciri yang disebutkan di bawah ini silalah cepat-cepat berubat dengan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie di alamat berikut :
SINAR ZAMDURRANI
No. 27-2-1, Jalan 20B/146, Desa Tasik Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
En. Helmy 017-6955909/017-6499818
En. Mohd Khairi 017-4411070
Hari Jumaat Bersama Ustaz Sharhan Shafie (Mengikut tarikh yang ditetapkan)
Waktu : Selepas Sembahyang Jumaat 3.00pm-7.00pm

SIHIR / PUKAU / SANTAU
(PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

- Memutuskan hubungan anak dan ibu.
- Memutuskan hubungan anak dan ayah.
- Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
- Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
- Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
- Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

- Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
- Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
- Enggan memohon maaf.
- Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
- Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
- Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.


2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

- Asamara cinta yang keterlaluan.
- Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
- Cenderung melakukan hubungan seksual.
- Sukar mengawal cinta.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
- Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
- Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).

Sebab-sebab:

- Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
- Mencuba dan ingin tahu.
- Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
- Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
- Melariskan peniagaan.
- Mendapatkan pengikut.

Kesan-kesannya:

- Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
- Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
- Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

SIHIR YANG DIHALALKAN

- Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.



3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:

- Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
- Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
- Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
- Seperti kain / api berubah menjadi burung.

4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:

- Binggung dan lupa sesuatu.
- Kacau dalam perbicaraan.
- Mata kuyu (moyok).
- Tidak boleh tenang di satu tempat.
- Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
- Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
- Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.

5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:

- Suka berseorangan / menyendiri.
- Tidak bercakap / pendiam.
- Tidak suka berjumpa orang.
- Fikiran meracau / terganggu.
- Selalu pening.
- Selalu lesu dan tidak bermaya.
- Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.

6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:

- Selalu mengalami mimpi ngeri.
- Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
- Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
- Selalu was-was.
- Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
- Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:

- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
- Saraf tersumbat.
- Lumpuh salah satu anggota tubuh.
- Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
- Lumpuh keseluruhan badan.

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

- Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.

- Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.

- Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.


9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:

- Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
- Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
- Melihat pelamar bermuka hodoh.
- Banyak berfikir (fikiran melayang)
- Selalu gelisah waktu tidur.
- Selalu rasa sakit di perut.
- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

- Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
- Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

- Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
- Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
- Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
- Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
- Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
- Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
- Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
- Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
- Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

- Hembusan asap rokok.
- Tenungan mata.
- Perbualan.
- Minuman
- Handphone (percakapan dan sms).
- Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:

- Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
- Putus pertunangan.
- Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
- Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
- Rebutan harta pusaka.
- Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
- Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
- Mencuba kehebatan ilmu.
- Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:

- Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
- Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
- Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
- Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
- Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

GANGGUAN MAKHLUK HALUS

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A) Berpunca Daripada Jin

- Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
- Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
- Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
- Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
- Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
- Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

- Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
- Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
- Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
- Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
- Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
- Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
- Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
- Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
- Terlalu marah.
- Terlalu takut.
- Nafsu syahawat yang tinggi.
- Manusia yang lalai.
- Jahil
- Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
- Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

- Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
- Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
- Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
- Mimpi buruk yang menakutkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
- Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
- Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
- Mimpi melihat makhluk halus.
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
- Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
- Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

- Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
- Hilang ingatan (Gila).
- Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
- Lesu dan malas.
- Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
- Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
- Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
- Lenguh sendi-sendi.
- Melihat sesuatu yang pelik.
- Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
- Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
- Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
- Jiwa lemah dan mudah mengalah.
- Selalu mengantuk.
- Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
- Mudah marah dan panas baran.
- Hilang darah.
- Agresif dan bertindak liar.

MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS

RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An'am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN

Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)


TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Thursday, June 3, 2010

RESEPI MACARONI BAKAR MAMA







Makaroni Bakar


Bahan :

250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)

200gm daging kisar

1 ulas bawang putih (cincang halus)

1 biji bawang besar (potong dadu)

2 tbsp tomato paste

sedikit garam

sedikit oregano kering

sedikit minyak/butter utk menumis

2 biji telur

Mozarela Cheese


Cara :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah

2. Masukkan daging kisar, kacau hingga daging masak

3. Tambah tomato paste, kacau lagi

4. Masukkan macaroni yg telah direbus, gaul rata

5. Tambah garam dan oregano kering

6. Masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar

7. Pukul telur, curahkan keatas macaroni

8. Taburkan cheese sehingga menutup macaroni

9. Bakar hingga cheese cair

10. Siap utk dihidang

RESEPI PUDING ROTI

Bahan-bahan:

500ml susu segar
1/4 cawan mentega
1/4 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang pada pilihan anda)
2 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis

1 sudu teh ekstrak vanila
1 buku roti, dikoyak2 kecil
1/2 cawan kismis (pilihan)


Cara penyediaan:

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.

Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.

Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yang telah digris dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu ke menutupi roti.

Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 minit.


Jika anda gemar puding roti bersama sos, kurangkan separuh kandungan gula dalam resepi puding roti.



Sos Puding Roti:


1 cawan susu
2 sudu makan mentega
2 sudu cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1/2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan air
Secubit garam

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran selama 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.

Enak dimakan panas atau disejukkan ke dalam peti ais.
Selamat mencuba.